Kontroversi Ummi Hafilda Ali

Surat ke Perdana Menteri Malaysia

Pada 5 Ogos 1997, kakak dan abangnya Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Mohamed Azmin Ali dan Azwan Ali pernah bersama-sama menulis surat aduan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung 'Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri'. Enam hari sebelum Anwar dipecat, pada 26 Ogos 1998, Dr Mahathir telah berjumpa dengan Umi Hafilda di Sri Perdana. Pada 31 Ogos 1998, majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia diadakan di Pulau Pinang dengan Anwar Ibrahim merasmikannya . Pada 1 September 1998, sekali lagi Umi Hafilda bertemu dengan Dr Mahathir di hadapan menteri-menteri besar. Akhirnya pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat.

Saman

Pada awal Januari 2011, beliau ingin mengemukakan saman terhadap beberapa orang tokoh politik di Malaysia seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Y.B. Mohamed Azmin Ali, masing-masing sebanyak RM300 juta, Karpal Singh sebanyak RM200 juta, dan Wan Azizah sebanyak RM100 juta, atas tindakan salah laku.[3] Beliau turut ingin menyaman parti PAS sebanyak RM100 juta.[1]

Saman fitnah

Pada 17 Mac 2011, Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.[12] Pada 13 April 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diwakili oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof mengenepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini selepas peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri apabila kes itu disebut pagi tersebut.[13]Pada 1 Julai 2011, perbicaraan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 dan 13 September 2011.[14]